pressurekah aku…

brapa kali agaknya korang bt pemeriksaan kesihatan?.. jarang-jarang.. kadang-kadang.. sedikit-sedikit.. haha mesti ada yang kata masa nak masuk goment.. n masa mengandung.. biasa lar tu kan.. perkara yang jarang kita bt.. kalo yang slalu tu bagus lerr..

kat wisma negeri ni adalah buat event.. dari ceramah.. senamrobik n pemeriksaan kesihatan oleh SALAM Senawang Speacilist.. murah jerr..

dengar jer.. dah boleh bt pemeriksaan terus turun ngan budak-budak opis.. kalo nak pi check sendiri xder maknanya kat hpital tu.. so apalagi amik lar kesempatan ni kan.. bukan susah pun.. kat dalam bangunan jer.. xbanyak guna tenaga.. hehe

sempat lagi kita orang berposing-posing sambil menunggu turn.. hehe korang pantang nampak kamera kan

ni ler resultnya.. hah xnampak lar plak..

hah bacaan bp n blood sugar den.. bp den naik.. ni sebab bengangkan brader dopan den.. kok nak lanjut pi hpital salam n bt pemeriksaan detail lar bang.. sebaik den xcakap.. tapi dah bercekak pinggang den kat blakang.. (hehe smua eh alasan) tp kandungan gula cantikkkk

hah korang xcaya murah sila tengok resit ni bayaran hanya RM 5 sahaja.. tu sebab ramai yang datang

ingat nak pi senam robik lar petang ni.. tapi nama xbagi.. redahhhhh je larrrrrr … hokeh lar nak sambung kerejaaa lar pulak… cha chi chawwww

dari mata turun ke hati….

dari mata turun ke hati.. haha ayat xleh tahan … dah macam orang bercinta lak bunyinya.. hehe memang tengah bercinta ni.. bercinta ngan mr demingku.. huhu…

sebenarnya nak citer pasal mata bukan hati mana2 yang dah kena curik okehh… 2 minggu bulan ni mmg lieza panggil bulan sakit.. start dari liza lar ni… dari batuk demam.. pastu ngan miss lana batuk teruk n mr deming yang demam n then mata dia plak yang merah… tapi tu semua anggap dugaan yang Allah S.W.T bagi untuk mengguatkan lagi kami sekeluarga menempuh hari2 mendatang… eceeeewahhhhh….

Start dari Mr deming yang sakit mata macam terpanggil lak nak wat entry ni… terus search okehhh.. untuk penjagaan mata.. owwwwhhh jangan dibuat main ngan mata ni.. ni info yang bagus gak untuk kita yang seharian dok ngadap kat komputer…

Semasa menggunakan komputer… kopipes dari http://www.infosihat.gov.my/penyakit/Remaja/PENJAGAANMATA.php

■Ambil masa untuk rehatkan mata anda. Alihkan pandangan dari skrin dan pandanglah objek lain selama 10 saat bagi setiap 10 minit
■Lakukan pertukaran posisi bekerja. Lakukan pergerakan di kawasan sekeliling sekurang-kurangnya 2 jam selepas menggunakan komputer. Ia dapat merehatkan mata dan badan anda
■Kelipkan mata anda! Kurang berkelip boleh mengurangkan air mata bagi melincirkan mata, yang mana menyebabkan mata kering dan tidak selesa. Anda digalakkan untuk menggunakan ubat titis air mata tiruan sekiranya anda menggunakan komputer dalam jangka masa yang lama
■Lakukan aktiviti regangan dan meluruskan badan. Kedudukan yang baik membantu menghalang kesakitan di bahagian otot leher dan belakang badan
■Ubah kedudukan monitor komputer anda. Monitor perlu berada di kedudukan 20 hingga 30 inci daripada mata anda, lebih kurang ½ depa
■Ubah kedudukan papan kekunci (keyboard). Letakkan papan kekunci di hadapan monitor
■Jika perlu, pakai cermin mata yang bersesuaian. Jika anda memakai cermin mata atau kanta lekap pastikan cahaya mencukupi bagi membantu anda menggunakan komputer

jangan lupa bt hokehhh… moral nya.. jangan tutup lampu masa waktu rehat yer lepas ni .. ekeke next ingat nak buat pemakanan untuk mata lak

suke… daring women

korangggg….. suka xtengok citer korea.. syok kan tengok walaupun xtau bahasa dia.. tapi peduli hape yer tak… sebab hero n heroin dia sangat comelll dan jalan citer yang buat kiter leka.. buatkan kita xsabar nak tengok next episod..

skarang ni kita org laki bini dok giler citer korea.. hari tu baru jer habis tengok citer kat 8tv.. he’s beautiful.. sampai kita org panggil laki bini guna bahasa korea..pedulik hape kita org jer yang dengar.. macam2 ayat kuar.. korea lar sangat kan.. tapi citer tu baru jer habis..

lar ni kat astro one hd chanel 393 dok tayang citer ‘daring women’…. .. sesuai ditonton seisi keluarga.. ekeke.. lawak giler citer tu.. sedih pun yer gak… sampai xsabar nak tunggu minggu depan nya.. sampaikan sanggup googlenak tengok episod seterusnya….. berhantu betul citer tu..

kalo korang nak tau citer daring women ni bersiaran ssetiap sabtu dari 9.30 hingga 12.45.. 4jam direct dia siaran.. sebab apa dia bt camtu .. sebabnya episod dia sampai 105 sekarang ni baru episod 34 n ada anak2 dia lagi tu.. cuba korang bayangkan brapa lama mau tunggu.. tu yg xsabar tu… terus google.. nak download tara bleh ma.. aduhhhh terseksa mak

ni lar gambar yang dimaksudkan tu.. antara drama korea yg bez.. sape peminat korea layanlar citer ni….